Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang dll: ia bercerai kerana ~ orang; memfitnah, memfitnahkan membuat fitnah terhadap, mengada-adakan sesuatu utk memburuk-burukkan atau membencanakan sesuatu pihak: wartawan itu bertanggungjawab terhadap berita yg ~ dan memburukkan kerajaan; fitnah-memfitnah saling memfitnah: ~ dlm masyarakat yg akan membawa kpd porak-peranda; pemfitnahan perihal atau perbuatan memfitnah; pemfitnah orang (pihak) yg membuat fitnah: orang yg mengaku beragama Islam boleh diperangi kalau mereka menjadi ~, munafik dan zindik kerana mereka telah menentang Islam sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fit.nah] | فتنه

Definisi : tuduhan jahat yg sengaja dibuat utk memburuk-burukkan seseorang: Tuduhan itu ~ semata-mata. memfitnah membuat fitnah; memburuk-burukkan nama orang dsb; menuduh (kerana tujuan jahat): Dia mencuba ~ aku, supaya aku ditangkap polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fitnah

Puisi
 

Kain ini carik di tengah,
     Mari dijahit budak hulu;
Tengah berkasih datang fitnah,
     Baik kita berhenti dahulu.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Rumah tinggal sarang hantu,
     orang bujang sarang fitnah.

Bermaksud :

Orang yang tinggal sendirian senantiasa menjadi tumpuan percakapan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Fitnah Cerek EmasMuhd.Yusof IbrahimDewan Pelajar1 June 1973
Fitnah: bagaimana penulis boleh disabitkan?Mohd. Radzuan Haji IbrahimPenulis1 July 1996
FitnahZaharah NawawiJelita1 September 1997
FitnahHartini RosliDewan Siswa1 March 1997
FitnahA. Ghani AwangDewan Budaya1 September 1979
FitnahA. Ghani AwangDewan Budaya1 August 1979
FitnahM.Z. GhaniFashion1 December 1961
Fitnah lebih buruk dari membunuhAbu Hassan Din al-HafizDewan Siswa1 June 1983
FitnahMas OsmanBahana1 March 1995
Fitnah Di Malam SepiZubima F. AUtusan Kiblat1 July 1987
123

Kembali ke atas