Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : rumah besar drpd batu, bangunan utk pejabat dll; ~ arca = ~ gajah Id muzium (di Jakarta); ~ bicara a) gedung tempat bermesyuarat; b) gedung mahkamah; ~ diskaun (Eko) institusi kewangan yg membeli bil perbendaharaan atau instrumen kewangan jangka pendek yg lain dgn harga diskaun; ~ ilmu institusi tempat diperoleh ilmu pengetahuan (spt universiti atau maktab); ~ kesenian Id bangunan utk pertunjukan hasil-hasil seni (spt tarian, sandiwara, dll), balai budaya; ~ komedi Id gedung tempat pertunjukan sandiwara; ~ penjelasan rumah penjelasan; ~ putih istana Presiden Amerika Syarikat; ~ senjata tempat menyimpan senjata; ~ terbitan (Eko) institusi kewangan yg mencari modal utk syarikat swasta yg mantap yg mahu menjadi syarikat milik awam, dgn mengeluarkan saham bagi pihak mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.dung] | ݢدوڠ

Definisi : 1 rumah besar yg dibuat drpd batu; rumah batu. 2 bangunan utk maksud tertentu spt utk pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gedung

Puisi
 

Gunung api di atas gedung,
     Sudah jerang ke baba Melaka;
Sakit kaki kerana beradung,
     Duk ulang janda celaka.


Lihat selanjutnya...(8)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Gedung BicaraA.R.BAHANA1 March 2008
GedungSiti Zaleha M. HashimDewan Sastera1 October 2003
Muzium gedung ilmuDzul Haimi Md. ZainDewan Budaya1 September 2004
IKIM: gedung kefahaman IslamRazali Che MatDewan Siswa1 April 1997
Kota Teluk GedungZailiani TaslimDewan Siswa1 March 1981
Peristiwa Di Gedung SeniRamadhan A. MFamili1 December 1989
Menara DBP: simbol gedung IlmuAhmad Baei JaafarDewan Agama & Falsafah1 August 2006
Budaya membaca kunci gedung ilmuHafiz HamzahAl Islam1 January 2005
Budaya kebangsaan di gedung perniagaanHassan AhmadDewan Budaya1 January 2005
Malam Ini di Pelataran Gedung PentagonSupena, AhmadHorison1 February 2006

Kembali ke atas