Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian depan perahu dll: Dia berdiri di ~ perahu. 2 hala perjalanan dll; arah; jurusan: Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya. 3 sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haluan (kata nama)
1. Bersinonim dengan arah: hala, tuju, hadap, jurusan,

2. Bersinonim dengan tujuan: matlamat, maksud, cita-cita,

3. Dalam konteks perahu
bersinonim dengan bahagian depan
Berantonim dengan buritan

Kata Terbitan : sehaluan, berhaluan, menghaluankan,

Puisi
 

Haluan sarat banyak muatan,
     Nampak cahaya batu karang;
Tuan ibarat permata intan,
     Di mana tercampak di situ terang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Haluan RohZawan BabaTunas Cipta1 January 2009
HaluanAsmelyeenBAHANA1 August 2008
Haluan generasi pelajarMuhamad Razak IdrisDewan Masyarakat1 March 1994
HaluanBayu TimurDewan Sastra15 January 1973
HaluanRazak MamatDewan Sastera15 August 1980
Pagar HaluanDziem D'MutiaraIbu1 November 2002
Pencarian HaluanMohd. Faisal FadzilAnis1 September 2003
Cerpen Haluan membawa sebuah tema yang baik. Tetapi malangnya..A. HDewan Sastra15 January 1973
Tiada HaluanJl'sRemaja15 September 1995
Perjalanan menetapkan haluan: Perkampungan Penulis Sarawak 2008Poul NanggangDewan Sastera1 September 2008
12

Kembali ke atas