Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.par] | همڤر

Definisi : ; batu ~ batu besar yg rata lagi lebar; menghampar 1. terbuka luas, terpapar: ta­nah sawahnya rata bagai tikar ~; padi ~ pokok padi sedang tumbuh yg merata nampaknya; 2. membentangkan (tikar dll): ~ permaidani; 3. ki membentangkan, mene­rang­kan (dgn panjang lebar): ia ~ soal itu di dlm mesyuarat; menghampari membentangkan (tikar dll) di atas sesuatu (spt lantai dsb): lantai pelupuh itu dihampari dgn tikar pandan putih; menghamparkan 1. membentangkan (ti­kar dll): sehelai kertas dihamparkan utk alas; 2. ki membentangkan, menerangkan (dgn pan­jang lebar); terhampar 1. terbentang, terbuka luas: ta­nah seberang itu pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah; 2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di bumi; barang-barang mereka semuanya ~; hamparan 1. sesuatu yg dihamparkan (spt permaidani, tikar, dll); 2. sesuatu yg kelihatan terhampar atau terbentang luas (spt sawah padi, pantai, dsb): ~ sawah padi yg mengu­ning; ~ elektronik lejar atau helaian kerja saintifik (dgn ruang yg tersusun mengikut baris dan lajur) yg dicipta, diolah, dan dipaparkan oleh komputer; sehamparan satu hamparan: orang Sepan­yol memiliki ~ tanah yg luas dgn hak me­mugut pajak dan ufti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.par] | همڤر

Definisi : ; menghampar terbuka dgn luas dan rata; terpapar: Sawahnya rata bagai tikar ~. menghampari membentangkan (sesuatu) pd: Lantai itu dihampari tikar mengkuang yg halus buatan­nya. menghamparkan 1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar. terhampar 1 terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permai­dani yg indah. 2 bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. hamparan 1 sesuatu (spt permaidani, tikar) yg dihamparkan: Berapa meter persegikah ~ yg dikehendaki utk bilik yg besarnya 5 meter dgn 4 meter? 2 sesuatu yg terbentang luas (sawah dll): ~ sawah yg menghijau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampar
Kata Terbitan : menghampar, terhampar, hamparan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Batu HamparAripin SaidMastika1 September 1981

Kembali ke atas