Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1. umpama, seperti, misal: agama itu ~ suatu suluh bagi menunjukkan jalan yg lurus dan selamat; 2. contoh yg baik yg terkandung dlm sesuatu cerita (perumpamaan dll), pengajaran, teladan: ambillah ~ drpd cerita itu; cerita ~ cerita yg mengandungi pengajar­an; 3. cerita (pantun, sajak, dll) yg dijadikan perbandingan atau kiasan (bagi mengatakan sesuatu maksud); kias ~ bahasa berbunga-bunga yg mempunyai erti dua lapis serta dalam maksudnya; beribarat 1. mengandungi ibarat: dia gemar benar membaca cerita-cerita yg ~; 2. memberi pengajaran (petunjuk) dgn menggunakan ibarat: Tuk guru itu selalu ~ pd masa dia mengajar agama; mengibaratkan 1. mengumpamakan, menyamakan, membandingkan (sesuatu benda dgn yg lain): pd manusia spt inilah dapat diibaratkan pepatah: bercerai hidup umpat-umpatan, bercerai mati puji-pujian; 2. menganggap: dia ~ buku sbg temannya pd waktu lapang; 3. mengatakan sesuatu (selalunya yg berupa nasihat) dgn berbagai-bagai kiasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[Öi.ba.rat]/[i.ba.rat] | عبارت

Definisi : 1 sesuatu (cerita, perkataan dll) yg diambil sbg pedoman atau perbandingan: Cerita-cerita ~ spt ini banyak terdapat dlm kesusasteraan lama. 2 maksud yg terkandung dlm sesuatu cerita dll; pengajaran; teladan: Cerita ini ~nya sesiapa yg berbuat baik akan menerima balasan yg baik jua. 3 tidak ubahnya spt; sebagai; seumpama: Hidupnya ~ burung dlm sangkar. beribarat 1 ada ibarat atau teladannya: Cerita-cerita yg ~ sangat sesuai utk kanak-kanak. 2 memberi nasihat dll dgn menggunakan ibarat: Bapa selalu ~ semasa menasihati kami. mengibaratkan 1 membandingkan sesuatu benda dgn sesuatu yg lain; mengumpamakan: Ustaz Hamid sering ~ buku sbg telaga yg tidak pernah kering airnya. 2 menganggap: Beliau ~ pejabatnya sbg rumah keduanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibarat
1. Bersinonim dengan umpama
( seperti, macam, serupa, sebagai, bagaikan, laksana, selaku, bak, )
(kata tugas:)

2. Bersinonim dengan teladan
( pengajaran, iktibar, contoh, tamsil, model, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : mengibaratkan,

Puisi
 

Pantai Lukut luas terbentang,
     Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang,
     Masuk tak penuh keluar tak kurang.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas.

Bermaksud :

Suami isteri yang berkasih-kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ibarat Pak Kaduk menang sorak, kampung tergadaiSM AmanDewan Bahasa1 April 2007
...ibarat kempen anti merokokMelipriapapa MHPelita Bahasa1 March 1990
Ibarat lagu dengan iramaAni SarokDewan Budaya1 July 2005
Ibarat menarik rambut dalam tepungHasrom HaronDewan Masyarakat15 July 1974
Ibarat lagu dan iramaArmin Azhari SalehDewan Bahasa1 September 2004
Aku ibarat bunga-bunga lalangYusmat YusWadah1 March 1991
Multaqa Ibarat Jam LocengMohd Riduwan WahabDewan Masyarakat1 April 2008
MASwings Ibarat PenyelamatSenia JanangDewan Masyarakat1 January 2008
Bajet: Ibarat Nyamuk Merempuk GajahV. Shanti NadarajanPelita Bahasa1 December 2002
Guru Ibarat LilinMona Lizah DolahDewan Siswa1 July 1998
1234

Kembali ke atas