Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai (melalui surat khabar, televisyen dsb): Syarikat-syarikat perniagaan membelanjakan wang yg banyak utk ~. mengiklankan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. pengiklanan hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. pengiklan badan (syarikat, orang dsb) yg mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Iklan-iklan patut dikawalMohd. Azura NikDewan Siswa1 February 1986
Kesalahan bahasa dalam iklan-iklan jawatan kosongWong Khek SengPelita Bahasa1 October 1990
Iklan semarak hari perayaanMuhammad Imran Adha Mustafa dan Mustafa Dakian, Dr.,Dewan Budaya1 May 2007
Iklan kerajaan Britain mengelirukanMuhamad Takiyuddin IsmailDewan Budaya1 August 2008
Iklan ubat-ubatan jurnal perubatan informasi yang diragui?Noordin OthmanDewan Kosmik1 July 2008
Iklan yang MembinasakanZulzaidi MahmodDewan Masyarakat1 November 2008
Iklan yang merendahkan bahasa MelayuRoshasliza SulaimanDewan Bahasa1 July 2008
Iklan Menghina Bahasa KebangsaanZamri MohamadDewan Masyarakat1 July 2008
Iklan medan pencemaran bahasa?Tengku AidaDewan Bahasa1 August 2007
Iklan dan BahasaAb. Rahim MahmoodPelita Bahasa1 November 2001
12345678910...

Kembali ke atas