Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ibu (terutamanya kpd binatang); emak: ~ ayam ayam betina yg telah mempunyai anak. 2 ki yg paling besar; yg terutama; yg paling penting: kapal ~ kapal perang yg besar yg mengangkut kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
induk (kata nama,)
Bahasa Asal :Minangkabau
1. Dalam konteks bincang
bersinonim dengan ibu, indung,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan asal, punca, pokok,

Kata Terbitan : perinduk, seperinduk,

Peribahasa

Bagai menggelikan induk ayam.

Bermaksud :

Memberanikan orang penakut.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP)Shamsul Amri BaharuddinDewan Siswa1 May 2007
Pelan Induk Pembangunnan PendidikanWan Muhammad Hazim Wan MustapaTiadaTiada
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bahasa MelayuHazimah YusofPelita Bahasa1 October 2008
Jawatankuasa induk dan kecil pentingMohd Ariffin SiriDewan Masyarakat1 April 1995
Pelan induk perkhidmatanTiadaDewan Masyarakat1 April 1995
Pusat Kawalan IndukAbdul AhmadDewan Siswa1 February 1983
Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu IndukAsmah Haji OmarDewan Bahasa1 June 1998
Jabatan Pengajian Melayu, jabatan induk yang unikUngku A. AzizDewan Sastera15 December 1978
Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu IndukAsmah Haji OmarPelita Bahasa1 September 1995
Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu IndukAsmah Haji OmarJurnal Dewan Bahasa1 July 1998
12

Kembali ke atas