Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kan.ta] | کنتا

Definisi : kepingan lut sinar spt kaca dan plastik yg salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yg digunakan utk menukar tum­puan alur cahaya, mis cermin mata utk memulihkan pelihatan; ~ cekung kanta yg tebal tepinya (tengahnya lebih nipis); ~ cembung kanta yg tebal di tengah-tengah; ~ dekat kanta (pd teropong) yg paling dekat dgn mata; ~ jauh kanta (pd teropong) yg paling jauh dr mata; ~ kumpuan = ~ majmuk gabungan beberapa kanta yg berlainan; ~ lekap kanta sentuh; ~ mata kanta pd alat optik spt mikroskop dan teleskop yg membolehkan seseorang melihat objek yg diteropong dgn jelas; ~ pembesar kanta yg membuat benda yg dilihat kelihatan besar; ~ sentuh = ~ sesentuh kanta yg kecil tipis yg dilekapkan pd permukaan mata utk menjadi­kan penglihatan lebih jelas; ~ tangan kanta pembesar yg bertangkai; ~ zum kanta kamera yg dapat dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil; tumpuan ~ titik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kan.ta] | کنتا

Definisi : kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat menerusinya kelihatan besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.ta] | کنتا

Definisi : kanta yg tebal tepinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[kan.ta] | کنتا

Definisi : kaca yg kedua-dua belah permukaannya melengkung ke luar atau ke dalam (biasanya digunakan dlm kamera, teropong dll). ~ cekung kanta yg tebal di tengah-tengahnya. ~ cembung kanta yg tebal tepinya. ~ mata kanta pd pangkal teleskop, mikroskop dsb yg melaluinya kita melihat benda yg diteropong. ~ pembesar kanta yg dpt menjadikan sesuatu yg dilihat menerusinya kelihatan besar. ~ sentuh kanta yg kecil dan nipis yg dilekapkan pd permukaan biji mata utk menjadikan penglihatan lebih jelas. ~ tangan kanta pembesar bertangkai yg dipegang ketika menggunakannya. ~ zum kanta kamera yg dpt dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kanta


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kanta lekap faedah dan komplikasiSiti Balkis BudinDewan Masyarakat1 February 2007
Kanta cembung?TiadaDewan Kosmik1 February 2003
Kanta cembung (Bahagian Akhir)TiadaDewan Kosmik1 March 2003
Kanta sentuh mampu merawat penyakit mataTiadaDewan Kosmik1 May 2003
Projek KANTA: perintis kepada kaedah penterjemahan berelektronikNor Azmi AhmadDewan Kosmik1 January 1995
Organisma pada kanta lekapFatimah HashimDewan Kosmik1 January 2008
Produk baharu - Kad kanta pembesar berlampuTiadaDewan Kosmik1 April 2007
Citra Terengganu dalam kanta dirajaAripin SaidDewan Budaya1 January 1998

Kembali ke atas