Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kayu BersuratSiti Zainon IsmailDewan Sastera1 October 2002
Kayu terbuang perniagaan menguntungkanSuhaila Abdul RahmanDewan Ekonomi1 June 2008
Kayu Manis Dan Belimbing Buluh Perasa Yang BerkhasiatZainon Abu SamahDewan Budaya1 May 2002
Kayu getah Malaysia bermutuTiadaDewan Ekonomi1 June 1998
Kayu getah harapan baru pekebun kecilNawi AbdullahDewan Masyarakat1 February 1994
Kayu, Anai-anai dan Si AbidOnn AbdullahDewan Sastera1 October 2005
Kayu Sintetik daripada Bahan BuanganPremalatha JayaramanDewan Kosmik1 July 2003
Kayu kalis airN. Z. AbidinDewan Siswa1 August 1990
Kisah Kayu Merangsang MindaProfesor Diraja Ungku AzizDewan Sastera1 June 2001
Kisah Kayu: Yang Sedap Ditinggalkan DahuluA. Samad SaidDewan Sastera1 June 2001
12345

Kembali ke atas