Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ju.tan] | کجوتن

Definisi : sesuatu yg mengejutkan (meme­ranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ju.tan] | کجوتن

Definisi : sesuatu yg mengejutkan atau yg memeranjatkan; kesan atau akibat drpd terkejut: Mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberikan ~ kpd mereka. Sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda. ~ budaya kejutan yg terjadi apabila seseorang dr sesuatu budaya secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah pd unsur-unsur kebudayaan lain, biasanya yg lebih tinggi tamadunnya, dan menimbulkan perasaan tersisih, tidak dpt menyesuaikan diri dsb dgn anggota kebudayaan lain. ~ elektrik pengaliran elektrik yg tiba-tiba dlm badan atau pd bahagian tertentu dlm badan yg menyebabkan rasa sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kejutan


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kejutan-kejutan H. B. JassinDini, N. HTempo24 April 2000
Kejutan dalam "Syair Johan Perak"Noriah TaslimDewan Sastera1 November 2008
Kejutan emosi (Laporan khas keruntuhan Wall Street)Muhammad Azli ShukriDewan Ekonomi1 November 2007
Kejutan dalam kepelbagaian gayanya: (analisis cerpen Dewan Sastera Oktober 2006)Jelani HarunDewan Sastera1 November 2006
Kejutan SuaraMad Sakiran SulaimanPelita Bahasa1 November 2002
Kejutan remaja di ASTiadaDewan Siswa1 August 1987
Kejutan KeduaAbdul BismillahDewan Sastera1 December 1995
Julai: Kejutan di Hujung JalanSaharil Hasrin SaninWanita1 August 2006
Sebuah KejutanNorhisham MustafaPerempuan1 February 2000
Gerun dan kejutan Umat IslamHusain HaqqaniDewan Masyarakat1 May 2003
12

Kembali ke atas