Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.kal] | ککل

Definisi : tetap ada berterusan (utk sepanjang masa), tidak hapus (luput, hilang, berubah, dsb), abadi: berusaha utk mewujudkan keamanan yg ~; kasih yg tidak ~; iman yg sempurna dan pekerti yg baik itulah yg ~, disebut orang selama-lamanya; dunia (alam) yg ~ akhirat; ~ abadi kekal utk selama-lamanya; ~ karar kekal serta aman tenteram; tidak ~ bunga dikarang prb perihal kekayaan (kemuliaan, kasih) yg tidak lama wujudnya; berkekalan sentiasa ada atau berterusan (tidak hapus, hilang, berubah, dsb utk sepan­jang masa atau lama sekali), berlanjutan (utk selama-lamanya): Quran kemudian ditulis dlm bentuk sebuah kitab yg ~ hingga hari ini; oleh sebab keadaan darurat berlanjutan, ~lah perintah berkurung yg dikenakan itu; berkekalkan sl = mengekalkan; mengekalkan menjadikan kekal, menjaga (memelihara, membiarkan) supaya berlan­jutan (tidak hilang-hilang atau berubah-ubah dsb): ~ keamanan di dunia; ~ peraturan yg ada sekarang; kekekalan perihal kekal, keadaan yg tetap (tidak luput, berubah, dsb) selama-lamanya; pengekalan perihal (usaha dsb) mengekal­kan, pemeliharaan (supaya berterusan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.kal] | ککل

Definisi : ada selama-lamanya; tidak berubah selama-lamanya; abadi: Hanya Allah saja yg ~. ~ abadi kekal utk selama-lamanya. ~ karar kekal dan tenteram. berkekalan tetap selama-lamanya; tidak hilang-hilang; tidak berubah-ubah keadaannya; tidak berkesudahan; berlanjutan: Baginda telah menamai tempat itu Melaka, dan ~lah nama itu hingga hari ini. mengekalkan menjaga (memelihara, mengusahakan) supaya kekal; menjadikan kekal: Apa ikhtiar kita utk ~ keamanan di negara kita ini? kekekalan keadaan atau hal kekal (tidak berubah-ubah) utk selama-lamanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekal (adjektif)
Bersinonim dengan baqa, abadi, malar, tekal, tetap, selama-lamanya, lestari, diam, abid, tidak berubah-ubah, langsung, terus, langgeng;,
Kata Terbitan : berkekalan, mengekalkan, kekekalan,

Puisi
 

Rambut ikal gulung di dahi,
     Khabar pulang bersarung gigi;
Rasa tak kekal diam di sini,
     Akhir pulang ke tempat sendiri.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Tiada kekal.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kekal sihat ala MalaysiaAdnan Abd. JamilDewan Budaya1 May 2008
Kekal budaya timur orang Melayu perlu balik ke pangkal jalanAhmad Baei JaafarDewan Agama & Falsafah1 January 2005
Kekal ciri budaya asliRamli Abdul SamadDewan Masyarakat1 February 1995
KekalLee Keok ChihWanita1 January 2005
KekalMonalita MansorJelita1 June 1995
Kedah Kekal Sebagai Pusat Perkembangan Intelektual, Bahasa dan KesusasteraanRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 November 2001
Petronas kekal no. 1Junaidah Ahmad Ghazali dan Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 September 2008
Omar Kekal Presiden CUEPACS.TiadaDewan Masyarakat1 January 2008
Robert Kuok Kekal TerkayaTiadaDewan Masyarakat1 August 2008
Aset Marcos Kekal di SingapuraTiadaDewan Masyarakat1 May 2008
123

Kembali ke atas