Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[qia.mat] | قيامة

Definisi : Ar 1. = hari ~ akhir zaman, iaitu apabila seluruh alam musnah: ~ akan berlaku tetapi tiada seorang pun yg tahu bila; ~ kubra kiamat apabila berlakunya kemusnahan seluruh alam; sampai ~ sampai akhir zaman, (buat) selama-lamanya: takkan hendak disimpan wang itu sampai ~; 2. = hari ~ hari apabila manusia dibangkitkan (drpd mati) utk dihisab segala amalannya dan diberi pem­balasan; 3. = hari ~ hari penghisaban, iaitu hari apabila segala amalan manusia dihisab; 4. = hari ~ hari pembalasan, iaitu hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk di dunia: pd hari ~ Allah akan menghukum dgn adil dan benar; 5. ki rosak binasa, kacau-bilau, mendapat bencana (kecelakaan): ~ nanti kalau rahsia ini diketahuinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[qia.mat] | قيامة

Definisi : 1 kebangkitan semula sekalian manusia drpd mati (utk menghadapi keadilan Tuhan). 2 berakhir (ttg dunia, zaman): Tiada manusia yg tahu bila dunia ini akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kiamat

Puisi
 

Sipitang batu keramat,
     Tempat orang menjemur padi;
Langit bergulung tanda kiamat,
     Kami tidak mungkirkan janji.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Seperti halilintar membelah bumi.

Bermaksud :

Bunyi (tempikan) yang sangat kuat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti kiamat bunyinya).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bila Kiamat? [Ulasan buku "Ensiklopedia" kiamat dari... oleh Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar]Jaafar Abdul RahimDewan Budaya1 February 2005
"Kiamat itu datang lagi"Zurin M. ZainDewan Masyarakat1 September 2006
KiamatFudzail Mohd NorDewan Sastera1 May 1998
"Syair Kiamat" maksud, tema dan persoalanNaapie MatTunas Cipta1 April 2006
Sebelum Kiamat Itu TibaRahim TapahDewan Sastera1 July 1996
Dunia Dibibir Kiamat, antologi sajak Hadzrami A. RIlias ZaidiDewan Sastra15 August 1972
Ilham dan Hari KiamatMat Noor Haji MatusinBAHANA1 June 2008
Sebuah Lagu Tentang Hari KiamatMilosz, CzeslawDewan Sastera15 November 1980
Mengejar cinta atau agama? (Ulasan filem "Kiamat Sudah Dekat")Khairul AmriMedia Hiburan23 July 2005

Kembali ke atas