Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kian] | کيان

Definisi : 1. sebegitu, sebanyak itu (ini); sepuluh ~ sepuluh kali ganda itu; 2. makin, makin bertambah: ibu ~ hari ~ tua; bas itu berjalan ~ laju dan ~ jauh meninggalkan perhentian bas; sekian 1. sedemikian, sebanyak itu (ini), sebegitu: ~lah huraian secara ringkas mengenai masalah itu; ingin kembali ke kampung setelah ~ lama ditinggalkan; 2. = sekian­-sekian yg tertentu (hari, angka, dll): dia akan datang pd sekian-sekian hari; 3. se­hingga: bukan kepalang lama waktu, ~ terasa oleh Mak Guna; berkian-kian terlalu banyaknya, banyak­banyak: harta dunia yg ~ banyaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : sana, situ; ~ ke mari ke sana ke mari (ke hulu ke hilir): burung-burung terbang ~ ke mari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kian] | کيان

Definisi : makin (bertambah): Kita hidup ~ hari ~ tua. sekian 1 sebanyak itu (ini); sebegitu; sedemikian: ~lah yg dpt saya ceritakan kpd tuan-tuan sekalian. 2 = sekian-sekian tertentu (bkn hari, bilangan dll): Dia akan datang pd ~ hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kian (kata tugas)
Bersinonim dengan makin, makin bertambah, lagi;,
Kata Terbitan : sekian,

Puisi
 

Kalau ke titi dari seberang,
     Batang mancis membakar badan;
Alak hati siapa kian melarang,
     Siapatah kian dapat menahan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Seperti daun kering ditiup angin di tengah padang.

Bermaksud :

Hidup melarat, terkatung-katung kian ke mari.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kian Kita LupaZulfazlan JumrahDewan Sastera1 February 2007
Kian Tiba Saat ItuJamilah Mohd NordinDewan Sastera1 March 2007
Kian dan SekianSalbiah SallehDewan Sastera1 May 2007
Diri Kian Mengundur PergiShafie Abu BakarDewan Sastera1 March 2000
Dialek kian terpinggir?Fazliyati IshakDewan Bahasa1 March 2008
Sejagat Kian TergugatZulkifli SallehDewan Budaya1 June 2000
Rinduku Kian LayuAnis AyuniSeri Dewi dan Keluarga1 March 2003
Kini Kian RetakEmengRemaja15 November 1996
Dunia kian terancamS.M. Mohd IdrisDewan Masyarakat1 May 1988
Debar kian kuatShamsul Amri BaharuddinDewan Masyarakat1 February 1995
12345678

Kembali ke atas