Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1. campuran batu kelikir dgn simen (pasir dll) yg digunakan utk pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll): asas rumah itu dibuat drpd ~; 2. bersifat (berupa) sesuatu yg dapat digambarkan (dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan (tidak abstrak), nyata ada (kelihat­an dsb), maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yg ~ ke arah pembangunan ekonomi negara; 3. pasti (tidak samar-samar dsb), positif: mereka diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~ yg dapat diperjelas tanpa kajian; mengkonkritkan ki menambahkan kepastian (tidak diragui) tentang sesuatu, memperlihat­kan kemaujudan: konsep takwa dikonkritkan dgn jelas; kekonkritan perihal (keadaan) konkrit, kemaujudan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kong.krit] | کوڠکريت

Definisi : 1 campuran simen, pasir batu kelikir dsb utk membuat rumah dll. 2 ki tidak diragui lagi; ternyata ada; berwujud dan dpt dilihat atau diraba; maujud: Mereka menerima cadangan yg ~ bagi membentuk satu sistem yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konkrit (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan pasti: positif, jelas,

2. Bersinonim dengan maujud: benar-benar ada, sungguh ada, berwujud, nyata.,



Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kreativiti A. Ghafar Ibrahim: konkrit Eropah ke konkrit Melayu:dapatkah dicapainya?Mohamad Daud MohamadDewan Sastera1 November 1986
Yang konkrit dan yang abstrakRahman ShaariDewan Siswa1 September 1997
Kata konkrit dan kata abstrak dalam pantunMohamad ShahidanPelita Bahasa1 February 2005
Sampan konkritTiadaDewan Siswa1 May 1982
Kaedah menghasilkan konkrit yang tahan lamaAbu Bakar Mohamad DiahDewan Masyarakat1 September 1998
Bahan tambah konkrit dan faedahnyaAbu Bakar Mohamad DiahDewan Kosmik1 November 1996
Pengesan karat dalam konkritTiadaDewan Siswa1 August 1985
Pengkarbonatan ke atas konkritAbu Bakar Mohamad DiahDewan Kosmik1 March 1996

Kembali ke atas