[ku.tu] | کوتو
Definisi : sj binatang halus (yg terdapat pd rambut manusia, bulu binatang, dll); jenis-jenis: ~ anjing, ~ babi, ~ daun, ~ kepala, dll; ~ air sj penyakit yg menyebabkan jari kaki gatal-gatal; ~ embun orang yg suka merayau-rayau dgn tidak menentu pd malam hari; ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan dgn tidak menentu; ~ rayau orang yg suka merayau-rayau tanpa tujuan, biasanya tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan; sudah mati ~ bp sudah hilang kekuatannya, tidak beroleh apa-apa lagi, malu; (bagai) mencari ~ dlm ijuk prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; di mana ~ makan kalau tidak di kepala prb sudah menjadi adat, anak bergantung pd ayah dan yg miskin pd yg kaya; ibarat ~ boleh diselisik prb sesuatu kesalahan atau tipu muslihat walaupun disembunyikan, akhirnya akan diketahui orang juga; pantang ~ dicukur, pantang manusia dihina prb tidak ada orang yg mahu dihina; berkutu 1. mempunyai kutu: rambutnya ~; 2. = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyebak-nyebak rambut): lihatlah inangda ini duduk di muka tangga berkutu-kutu dgn segala dayang; berkutu-kutuan saling menyelisik kepala(utk mencari kutu); mengutui mencari kutu (di kepala dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.tu] | کوتو
Definisi : 1. ark sj perkumpulan perniagaan; 2. sj usaha gotong-royong bagi mengumpulkan wang tiap-tiap bulan dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara mengundi, sinoman, arisan; berkutu berkumpul, bersyarikat, bersekutu; ®sekutu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ku.tu] | کوتو
Definisi : binatang halus spt tuma yg menghisap darah manusia atau binatang (terdapat pd rambut manusia, bulu binatang dll); Pediculus spp.. ~ anjing; ~ babi; ~ daun. ~ embun ki orang yg suka merayau-rayau dgn tidak tentu tujuan pd malam hari. ~ jalan orang yg suka merayau-rayau di jalan tanpa tujuan. berkutu 1 ada kutu: Rambutnya ~. 2 = berkutu-kutu mencari kutu di kepala (dgn menyingkap-nyingkap rambut. mengutui menyelisik rambut seseorang utk mencari kutu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ku.tu] | کوتو
Definisi : perbuatan menabung wang oleh beberapa orang pd tiap-tiap bulan (minggu dll) dan menentukan giliran orang yg mendapatnya dgn cara undi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)