Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.faz] | لفظ

Definisi : Ar 1. bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan dgn baik, sebutan atau ucapan yg baik: hendaklah kita memberi salam kpd orang yg kita temui sekurang-kurang ~nya ‘assalamualaikum’; 2. kata-kata yg disebut (diucap atau ditulis): maka berkenanlah ~ surat itu kpd Sultan Muzaffar Shah; berlafaz dilafazkan, diucapkan: niat di hati yg tidak ~ sebenarnya tidak berbahasa; melafazkan mengucapkan (kata, perkataan, doa, dll): beta sangat sukacita dapat ~ sepatah dua kata pd petang ini; terlafaz dapat dilafazkan: “Maaf, Mira!” hanya itu yg ~ olehnya; pelafazan perihal (proses) melafazkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.faz] | لفظ

Definisi : 1 bunyi perkataan yg disebut atau yg diucapkan; sebutan atau ucapan sesuatu perkataan: ~ kata-kata Rusia agak sukar bagi kita menyebutnya. 2 kata-kata atau perkataan yg diucapkan: Tahukah kamu bagaimana ~ niat puasa? melafazkan mengucapkan perkataan (kata, doa dll): Mereka semua berdiri tegak dan ~ ikrar taat setia kpd kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lafaz (kata nama)
Bersinonim dengan sebutan, ucapan, ujaran, bunyi pertuturan;,
Kata Terbitan : melafazkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lafaz Bahasa Indonesia BakuHans LapoliwaDewan Bahasa3 March 2000
Lafaz Usia SenjaKhairul BariahDewan Sastera1 May 2000
Lafaz Ijab (1)Siti Zainon IsmailPerisa1 January 1993
Lafaz Janji Paling Berani Untuk SerikandiShukri AbdullahFantasi1 July 1993
Antara lafaz dan makna;Estetika tersirat dalam sastera MelayutradisionalNoriah TaslimDewan Sastera1 July 1997
Ejaan bunyi vokal suku kata akhir tertutup dalam bahasa Malaysiaberdasarkan lafaz atau sebutanDahnil AdnaniDewan Bahasa1 July 1987

Kembali ke atas