Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.kar] | لاکر

Definisi : 1. masih dikerjakan, belum siap lagi (perahu); 2. = lakaran gambar (yg dilukis) secara kasar, rajah, rangka; melakar melukis rangka (rajah, gambar, dll) secara kasar; melakarkan membuat atau melukiskan lakaran sesuatu benda; pelakaran perihal (proses atau perbuatan) melakar atau melakarkan: ~ merupakan satu cara yg baik utk mendapatkan gambaran yg dimaksudkan; pelakar 1. orang yg membuat lakaran; 2. alat yg digunakan utk melakar atau me­lakarkan sesuatu: ~ yg mudah biasanya mempunyai format vektor-8; bagi kes ~ dram, kedua-dua kertas dan pen bergerak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.kar] | لاکر

Definisi : 1 masih dikerjakan; belum siap lagi (bkn perahu dll). 2 = lakaran gambar yg dilukis secara kasar; rajah. melakar melukis secara kasar; membuat rajah. melakarkan membuat rajah (rangka) sesuatu benda; merajahkan. pelakaran perihal, perbuatan dsb melakar atau melakarkan. pelakar 1 orang yg membuat lakaran. 2 alat yg digunakan utk melakar atau melakarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lakar
Rujuk :lukis


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
M. Nasir lakar kegemilangan "sifu"Shahrulnizam Azuddin dan Shaari SafieDewan Budaya1 May 2009
Akademi al-Qur'an: lakar sejarah baru program realiti TVWan Nor Rosida Wan HamadDewan Agama & Falsafah1 June 2006

Kembali ke atas