Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : 1. tanda yg menyatakan atau menge­nalkan sesuatu (spt bendera, lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm trans­kripsi fonetik atau sistem tulisan; berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru itu masih belum ~; berlambangkan mempunyai atau meng­gunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemim­pin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda­-benda baru; perlambangan perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; perlambang lambang: pelambang lambang: Uda dan Dara selalu disebut sbg ~ cinta kasih yg teguh dan murni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : tanda (lukisan, lencana dll) yg digunakan utk memperkenalkan atau utk menyatakan sesuatu; simbol; isyarat: Warna putih ialah ~ kesucian. berlambang mempunyai lambang. berlambangkan mempunyai sesuatu sbg lambang: Dgn ~ traktor, parti itu telah turut serta dlm pilihan raya yg lalu. melambangkan menjadi lambang utk (kpd): Gambar daun lontar ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. memperlambang menjadikan sesuatu sbg lambang: Mereka bersetuju ~ pena utk persatuan mereka. memperlambangkan menyebabkan sesuatu mempunyai lambang; memberi berlambang: Majlis yg bersidang itu sepakat ~ DBP dgn daun lontar. perlambangan perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambang (kata nama)
Bersinonim dengan simbol, tanda, ideograf, logo, monogram, piktograf;,
Kata Terbitan : melambangkan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Peranan lambang-lambang dalam wayang kulitWahbaMastika1 July 1979
Lambang citra wanita pascamerdeka [Ulasan buku Lagukan Senandung Itu karya Serunai Faqir]Saira salimDewan Sastera1 August 2008
Lambang dalam puisi: mengayakan dan memiskinkan makna (Analisis puisi Dewan Sastera Jun 2008)A. Halim AliDewan Sastera1 July 2008
Lambang dan perlambanganSiti Zaleha M HashimPelita Bahasa1 March 2008
Lambang kepesatan perkembangan bahasa MelayuZaharahanum KamarudinPelita Bahasa1 September 2007
Lambang dan perlambanganFaisal TehraniDewan Siswa1 November 2007
Lambang dan percubaan dalam cerpenMawar ShafeiDewan Siswa1 October 2007
Lambang BahasaLalangi, JafryMasa1 June 2006
Lambang Islam benar-benar toleranAzman Mohd NawiMilenia Muslim1 December 2006
Lambang dalam PantunMohamad ShahidanPelita Bahasa1 March 2003
12345678

Kembali ke atas