Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pu] | لمڤو

Definisi : 1. sj alat utk menerangi (sesuatu ruang, kawasan, dsb), pelita, suluh; 2. ki penerang pemikiran atau rohaniah: al-Quran merupa­kan ~ yg menerangi dunia; ~ arka lampu yg sangat terang cahayanya (yg terhasil oleh arka elektrik apabila arus elektrik mengalir di antara dua elektrod); ~ ayam sj lampu minyak yg mempunyai sisi kaca, yg dipasang pd waktu malam supaya ayam, itik dsb tidak kesejukan; ~ duduk lampu yg diletakkan di atas meja; ~ dunia matahari; ~ gantung lampu yg dipasangkan tergantung dr siling dsb (tidak terlekap pd dinding); ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan pam (utk menaikkan minyak); ~ hijau a) isyarat bergerak dlm sistem lalu lintas; b) ki kebenaran atau persetujuan utk melaksanakan sesuatu projek dll; ~ jalan lampu elektrik yg dipasang pd tiang di sepanjang sesuatu bahagian jalan; ~ kalimantang lampu pendarfluor; ~ karbaid lampu yg menggunakan gas karbida; ~ kuning isyarat bersedia utk berhenti dlm sistem lalu lintas; ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar utk menerangi sesuatu kawasan, bangunan dsb; ~ meja lampu elektrik kecil yg diletakkan di atas meja dsb; ~ merah a) isyarat berhenti dlm sistem lalu lintas; b) isyarat amaran; ~ neon lampu elektrik yg mengguna­kan gas neon (biasanya berwarna-warni); ~ pendarfluor lampu yg cahayanya dihasilkan melalui nyahcas elektrik dlm tiub bertekanan rendah; ~ picit suluh yg menggunakan bateri; ~ suluh lampu picit; ~ tempel lampu yg disangkutkan di dinding; ~ terendak sj lampu hiasan (biasanya di ruang tamu) yg mem­punyai terendak; ~ tidur lampu yg cahayanya sangat malap, yg digunakan semasa tidur; ~ tumpu lampu yg sangat terang yg boleh ditumpukan pd sesuatu tempat dsb supaya jelas kelihatan; spt ~ kekurangan minyak prb hidup yg sangat melarat; berlampu mempunyai (telah dipasang) lampu: bilik itu tidak ~; melampukan memasang lampu di sesuatu tempat (ruang dsb): ~ semua bilik di dlm rumah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pu] | لمڤو

Definisi : alat utk menerangi (spt pelita). ~ elektrik lampu yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas (gasolin) lampu yg menggunakan tekanan angin utk menaikkan minyak. ~ karbida lampu yg menggunakan gas karbida. ~ limpah lampu besar yg sangat terang dgn alur cahaya yg lebar, biasanya digunakan di luar rumah, bangunan dsb utk menerangi sesuatu kawasan. ~ minyak lampu yg menggunakan minyak tanah. ~ neon lampu berwarna-warni (yg menggunakan gas neon). ~ picit lampu yg menggunakan bateri utk menyalakannya. ~ tumpu lampu yg sangat terang yg cahayanya boleh ditumpukan pd tempat tertentu supaya sesuatu dpt dilihat dgn jelas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampu (kata nama)
Bersinonim dengan lampu suluh, lampu picit, pelita.,

Puisi
 

Pasang lampu biar terang,
     Hendak menanam pohon selasih;
Kasih sayang tuan seorang,
     Itu tempat menagih kasih.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai pelita kehabisan minyak.

Bermaksud :

Tidak berseri-seri lagi. (Bandingkan dengan: Lampu kekurangan minyak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lampu-lampu Jalanan Yang SunyiSoejanto, SoediHorison1 April 1973
Lampu-lampu Desa KamiSuhaimi Haji MuhammadDewan Sastera1 June 1996
Lampu Suluh Untuk Si ButaMohammad Abdul FadzalDewan Pelajar1 July 1978
Lampu NeonZainal Abidin ZulkifliDewan Pelajar1 December 1973
Lampu PicitIsmail RestuDewan Sastera1 June 2007
Lampu JalanMomotaroDewan Budaya1 March 2001
LampuSuhaimi Haji MuhammadPerisa: jurnal puisi Melayu, jil.2,19941 January 1994
LampuNur Dina HMRBahana1 July 2004
LampuSuhaimi Haji MuhammadDewan Sastera1 December 1987
Lampu Malam HariSalleh YAacobNONA1 April 1993
12345

Kembali ke atas