[la.ra.ngan] | لارڠن
Definisi : 1. sesuatu yg dilarang atau terlarang: bagindalah yg meletakkan kekuningan ~; seluruh kawasan hutan di keliling kampung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.ra.ngan] | لارڠن
Definisi : 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)