Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.tih] | لاتيه

Definisi : ; ~ tubi latihan (ajaran, tunjuk ajar, dsb) yg diulang-ulangi (utk menjadikan orang yg diajar atau dibimbing itu benar-benar mahir); berlatih = ~ diri memahirkan diri: ia sedang ~ menjadi nakhoda; melatih 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulang­ulangi sesuatu dlm proses atau usaha mengajar; terlatih telah dilatih, terdidik: guru-guru yg ~; latihan pelajaran atau didikan utk memahir­kan (membiasakan), ajaran yg diterima: doktor telah menerima ~ yg cukup utk men­jalankan kerjanya; ~ amali latihan dgn mengerjakan (mengamal­kan) sendiri (sains dll); ~ asas latihan permulaan; ~ badan pelajaran gerak badan (olah raga dll); ~ ilmiah latihan bertulis utk mendapat ijazah (sarjana dll); pelatihan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) melatih: ~ para belia dlm bidang teknikal perlu difikirkan secara serius; pelatih 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~ bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.tih] | لاتيه

Definisi : telah biasa (kerana belajar atau diajar); cekap: Walaupun sudah berbulan-bulan dia belajar bermain piano, tetapi masih belum ~. ~ tubi kerja-kerja amali yg dilakukan berulang-ulang utk memperoleh kemahiran atau kecekapan. berlatih membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya. melatih 1 mendidik atau mengajar supaya pandai: Ia sedang ~ anak-anaknya bermain piano. 2 memahirkan; membiasakan: Ia ~ kakinya yg lumpuh itu melangkah. terlatih telah dilatih; terdidik: Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. latihan pelajaran utk memahirkan atau utk memperoleh sesuatu kepandaian: Dia telah mendapat ~ tentera di Maktab Tentera Diraja. ~ jasmani latihan gerak badan utk menyihatkan badan; senaman. pelatih 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
latih
Rujuk :ajar


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Latih Tubi Membina Perenggan KaranganAlias IsmailPelita Bahasa1 July 2002
Latih guru secara berterusanTiadaMassa11 January 2003
Congak Melayu latih tubi mindaMalim Ghozali PKDewan Budaya1 January 2009
Azanin mahu latih generasi muda cinta budaya sendiriNoraini Mohd. NorSeri1 May 1991
Merawat jiwa : mesti melalui proses latih tubiAnjan AhzanaDewan Agama & Falsafah1 May 2003

Kembali ke atas