Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bakal (manusia, tumbuhan dan binatang), benih, jauhar, asal mula (bagi sesuatu); ~ bisul mata (benih) bisul; ~ daun bakal daun; 2. bentuk yg mula-mula (yg asal), acuan atau cetakan; 3. bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): kami hanya melihat ~-~ mereka dr jauh; 4. perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: pegawai daerah itu juga menjadi ketua dan pengerusi L~ Bandaran; L~ Pelabuhan; 5. ketua suku (di Negeri Sembilan): maka berhimpunlah penghulu yg empat suku serta ~ yg dua belas suku; ~ pengarah badan yg terdiri drpd sekumpulan orang yg dilantik oleh para pemegang saham utk membuat dasar yg mesti dilaksanakan oleh pihak pengurusan syarikat; memperlembagakan menjadikan perlem­bagaan: percubaan utk ~ prosedur; perlembagaan undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya ber­satu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; berperlembagaan mempunyai (berlandas­kan, berpegang pd, dsb) perlembagaan: suatu prinsip asas yg ~ Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 asal mula yg akan menjadi sesuatu; benih (manusia, tumbuh-tumbuhan atau binatang): ~ bisul mata bisul. 2 bentuk yg asal atau yg mula-mula. 3 perbadanan yg menjalankan sesuatu tugas: ~ Pelesenan. 4 bentuk sesuatu benda (yg kurang jelas rupanya): Kami ternampak akan dua ~ yg sedang menghendap di dlm semak. perlembagaan undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lembaga (kata nama)
1. Bersinonim dengan benih: janin, fetus, jauhar,

2. Bersinonim dengan acuan: cetakan

3. Bersinonim dengan bayang-bayang

4. Bersinonim dengan perbadanan: majlis

Kata Terbitan : berpelembagaan, perlembagaan,

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke hulu,
     Petikkan saya bunga lembaga;
Kalau tuan mati dahulu,
     Tunggu saya di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lembaga BersongkokOthman PutehDewan Pelajar1 March 1982
Lembaga Zakat Antarabangsa cabaran untuk MalaysiaHamizul Abdul HamidDewan Ekonomi1 August 2008
Lembaga Pembangun Sastera Perak( Lepas)Idros SamsudinPelita Bahasa1 March 1992
Lembaga Dari BukitWahid KasranKarya1 June 1998
Lembaga pengarah dan kebanggaan MelayuAdam A. KadirDewan Masyarakat15 August 1979
Lembaga Bahasa Melayu dan Asas 50Idros SamsudinDewan Sastera1 April 1988
Lembaga Penasihat Hal Ehwal Ugama IslamHaji Mohd. Din AliDewan Masyarakat15 February 1964
Lembaga Urusan dan Tabung HajiRaja Masittah Raja AriffinDewan Siswa1 October 1982
Lembaga Pertubuhan Peladang: menghindarkan cengkaman lintah daratMisran LasimanDewan Siswa1 July 1982
Lembaga Pulau PenyengatWahbaDewan Siswa1 January 1981
1234

Kembali ke atas