Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lé.na] | لينا

Definisi : (léna) 1. lelap, nyedar, nyenyak: aku menelungkupkan mukaku ke bantal lalu ~ semula; 2. leka, lalai, tidak sedar (ingat): semua orang ~, ~ dgn impian masing­-masing; 3. lama (waktu), lambat-lambat: tidak berapa ~ ketikanya; berlena, berlena-lena sengaja menghabis­habiskan masa, berlalai-lalai, berlama-lama, berleka-leka; melenakan membuat supaya lena, menjadi­kan lena, melelapkan: dia berpura-pura ~ diri dan membiarkan ia dibawa oleh laki­laki itu; terlena 1. tertidur, tidur lelap: matanya dipejamkan dan dia mula ~ dgn tidak payah dipaksa-paksa; 2. terlupa akan hal-hal lain, terlalai, terleka: beberapa ketika ia ~ memikir­-mikirkan masa depannya, ia hanya sedar kembali apabila semboyan kereta api berbunyi; 3. = terlena-lena terlalu asyik atau leka, terlalu suka akan sesuatu; kelenaan 1. (dlm) keadaan yg lena; 2. Id tidak awas-awas, kurang hati-hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lé.na] | لينا

Definisi : /léna/ 1 lelap sekali; nyenyak; nyedar: Anak kecil itu sedang ~ di pangkuan ibunya. 2 tidak sedar; leka; lalai: Dia masih ~ dgn angan-angannya. melenakan menjadikan atau membuat supaya lena: Dia mencuba ~ dirinya di atas kerusi malas. terlena 1 tertidur; terlelap: Dia ~ di atas kerusi panjang. 2 terleka; terlalai: Amin ~ dlm angan-angannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lena (kata kerja)
1. Bersinonim dengan lelap: nyedar, nyenyak, lenyak, lenyap, jendera, berdengkur, jerab, nidera, jenak, renyap,
Berantonim dengan jaga

2. Rujuk leka

Kata Terbitan : berlena-lena, melenakan, terlena,

Puisi
 

Tanam nyiur pinang tak tumbuh,
     Tanam sepokok dikaut lumut;
Tidur malam lena tak sungguh,
     Kerana mimpi bertukar selimut.


Lihat selanjutnya...(15)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Lena Pena Pujangga (Buat guruku Allahyarham T. Ali)Raja Rajewan Seetha RamanDewan Sastera1 November 2004
Sesudah LenaAmy AnuddinDewan Siswa1 November 1992
Di Lena Mimpidharmala n.sSajak1 January 1901
Sewaktu Kau LenaBaharuddin ZainalDewan Sastera1 October 2002
Sewaktu Kau LenaBaha ZainDewan Masyarakat15 February 1979
Bunga MelatiLena, Bernas MbaHorison1 September 2006
Cakaran HidupLenaIbu1 August 2005
Bagaimana hendak tidur lenaTiadaDewan Siswa1 January 1987
Rayuan AlamLena Tan Sze YinDewan Siswa1 May 1995
Suara Di Hujung LenaKhap'sah M. AzimURTV1 September 1995
12

Kembali ke atas