Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[liar] | ليار

Definisi : 1. tidak dipelihara (binatang), tidak jinak, buas, tidak dijaga (tumbuh-tumbuhan), terbiar: binatang-binatang ~ di dlm hutannya termasuk gajah, harimau, beruk, mawas, dll; 2. tidak tetap, gelisah (pandangan dll), buas, ganas (perangai manusia): dgn ~ ia meman­dang ke sekelilingnya; ~ mata selalu mengalih­alih pandangan; 3. tidak sopan-santun (perbualan, permainan, dll), tidak beradab: ia masih tertawa ~; peguam itu menyifatkan tuduhan tersebut sbg tuduhan yg ~; matanya merayap-rayap di atas ruangan siri cerita wanita ~ yg biasa menjadi siaran akhbar itu; orang ~ orang biadab; 4. tidak teratur, tidak mempunyai aturan; pasukan ~ Id pasukan yg tidak teratur (bukan tentera rasmi); rumah ~ Id rumah haram; sekolah ~ Id sekolah persendirian (tidak menurut syarat­-syarat yg ditentukan oleh kerajaan); berliar-liar selalu berlaku liar: Daim budak peliharaannya itu sudah pun pandai ~; meliar menjadi liar (kelakuan, tumbuh­-tumbuhan dll): misai dan janggutnya itu terbiar begitu tebal dan ~ sekali tumbuhnya; matanya ~ ke kiri dan ke kanan jalan; meliarkan menjadikan liar: falsafah pendidikan Barat yg semakin menjauhkan dan ~ generasi Islam drpd roh dan keperi­badiannya sendiri; keliaran perihal (sifat, keadaan, dsb) liar: dia tidak pernah berfikir tentang ~ anak-­anak kota dgn hidup yg tidak menentu; Alias Ali hanya memaparkan soal ~ hidup dan pendedahan seks anak-anak muda; berkeliaran berjalan (terbang dll) ke merata tempat, merayau; ®keliar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[liar] | ليار

Definisi : 1 tidak dipelihara (bkn binatang); tidak dijaga (bkn tumbuh-tumbuhan); terbiar: anjing ~. 2 tidak teratur; tidak beradab: Perangai budak lelaki itu masih ~. 3 tidak tetap (pandangan dll): Matanya ~ memperhatikan gadis-gadis itu. meliar menjadi liar (bkn kelakuan, tumbuh-tumbuhan dll). keliaran keadaan atau sifat liar: ~ anak muda hari ini disebabkan oleh kurangnya didikan agama. berkeliaran bergerak (berjalan dsb) dgn tidak bertujuan atau menuju ke serata tempat: Murid-murid yg didapati ~ di pusat membeli-belah dsb pd waktu sekolah hendaklah dikenakan tindakan disiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liar (adjektif)
1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas,
Berantonim dengan jinak

2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh, tambung, songong,
Berantonim dengan sopan

Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran,

Puisi
 

Ikan haruan ikan liar,
     Paya mana tuan tetakkan;
Jikalau abang pergi belayar,
     Di mana saya hendak diletakkan?


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Padi sekepuk hampa,
     emas seperti loyang,
kerbau sekandang jalang.

Bermaksud :

Kelihatan kaya (pandai) sebenarnya miskin (bodoh); bernasib malang. kepuk = lumbung padi; jalang = liar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
LiarAbd. Rani TamSarina1 November 2002
LiarSarah RahimDewan Masyarakat15 March 1974
Liar Mykang Dengan Orang KayaNorzaini IsmailDewan Siswa1 November 1979
Kuda Liar NafsuAbizaiDewan Sastera1 February 2000
Hidupan Liar Pupus, Ekologi TerancamJasmi AbdulDewan Kosmik1 June 2008
Orkid Liar Telom Epifit Cantik Semakin DiburuSiti Wanila KamilDewan Budaya1 February 2002
Menjinak Liar KasihSarimah A. BakarURTV15 March 2003
Angin LiarAladin MohamadDewan Sastera1 May 2005
Muzik liar tidak sesuai untuk Malaysia [diwawancara oleh JamaluddinAbu Hassan dan Zahidan Abd. Aziz]Mohamed Rauzan AlwiDewan Budaya1 January 1990
Kuda liarIrhamni RahmanDewan Siswa1 December 1981
12345

Kembali ke atas