Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; pandai ~ ark orang yg pandai membuat gambar, pelukis, tukang lukis; seni ~ (hasil) kecekapan menggambar yg elok-elok; melukis 1. membuat gambar, peta, dsb (dgn menggunakan pensel, pensel warna, cat air, cat minyak, dsb): dia suka ~ pemandangan yg indah-indah; 2. merupakan dgn gambar, menggambarkan: dia ~ sebuah bulatan; melukiskan ki 1. membayangkan, menampak­kan: bibirnya ~ senyuman; 2. menceritakan (mengisahkan) hal sesuatu, membentangkan: rencana itu ~ penderitaan yg dialami rakyat; terlukis 1. terbayang, tergambar: ~ dlm kepala­nya kesibukan kota London itu; 2. teriwayat, terceritakan; lukisan 1. hasil melukis, gambar(an): ~ cat minyak; 2. ki keterangan (cerita, huraian, dll) yg menggambarkan sesuatu hal; pelukisan perihal melukiskan: pengarang sastera sejarah mengusahakan ~ peristiwa­peristiwa yg disaksikannya sendiri; cara ~ watak dan peristiwa dlm novel ini lurus dan tidak mengarah kpd simbolisme; pelukis orang yg (kerjanya) melukis, tukang lukis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lu.kis] | لوکيس

Definisi : ; melukis membuat gambar dgn menggunakan cat, pensel dll: Dia ~ gambar kucing pd kertas itu. melukiskan 1 melukis (gambar dsb) utk seseorang: Ahmad ~ adiknya gambar seekor gajah. 2 menceritakan sesuatu keadaan atau hal; mengisahkan; menggambarkan: Cerpen itu ~ kesusahan orang-orang kampung. lukisan 1 sesuatu yg dilukis; hasil melukis; gambar: ~nya memenangi hadiah pertama. 2 keterangan, cerita dll yg menggambarkan sesuatu. ~ teknik lukisan (pelan bangunan dsb) yg menggambarkan sistem atau struktur sesuatu benda. pelukis orang yg pandai melukis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lukis
Kata Terbitan : melukis, melukiskan, terlukis, lukisan, pelukis,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Seni lukis Islam: pengaruhnya terhadap seni lukis modenAzmi ManafDewan Budaya1 October 1981
Institut seni lukis Malaysia: menerajui institusi seni lukis swastaChan Kam KowDewan Siswa1 January 1998
Seni Lukis Dan SyakirahTiada PengarangDewan Budaya1 October 2001
Seni lukis BaliLokman Md. ZenDewan Budaya1 December 1988
Seni Lukis di Pulau PinangMahzan MusaDewan Budaya1 February 1988
Seni lukis moden: Negeri Kedah Darulaman selepas 50-anMahzan MusaDewan Budaya1 December 1994
Seni Lukis Kontemporari Malaysia dalam Era MahathirKarim RaslanDewan Masyarakat1 September 2003
Seni lukis moden: pelukis-pelukis terawal Kedah DarulamanMahzan MusaDewan Budaya1 October 1994
Seni lukis moden: objektif dan non-objektifSiti Zainon IsmailDewan Sastra15 June 1974
Seni lukis sebagai titian perjalanan rohaniahA. Latiff MohidinDewan Sastra15 June 1974
12345

Kembali ke atas