Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.muÖ]/[majmuk] | مجموع

Definisi : terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan; cahaya ~ Id cahaya yg berasal atau terjadi drpd beberapa cahaya lain; kalimat ~ = ayat ~ (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri drpd) dua atau tiga kalimat lain; kata ~ (Lin) gabungan dua atau tiga perkataan yg mem­punyai satu pengertian; masyarakat ~ masya­rakat yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa; minyak ~ sj minyak wangi (merupakan campuran drpd beberapa jenis minyak wangi lain); memajmukkan menjadikan majmuk, meng­gabungkan dua atau beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk; kemajmukan sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg terdapat dlm sesuatu (ga­bungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya Ma-laysia sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg berteraskan kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia; pemajmukan perihal (proses atau perbuat­an) memajmukkan, penghasilan atau pen­ciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.muÖ]/[majmuk] | مجموع

Definisi : terdiri drpd beberapa bahagian yg bersatu (bkn perkataan dll); tidak tunggal: ayat ~ ayat besar yg terdiri drpd dua ayat kecil atau lebih; kata ~ perkataan yg terdiri drpd dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna; masyarakat ~ masyarakat yg terdiri drpd berbagai-bagai (suku) kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata majmuk


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Kata majmuk dalam perkamusan: satu analisis semantik dan pragmatikZaiton Ismail dan Nor Hashimah JalaluddinJurnal Bahasa1 December 2005
Kata majmuk bahasa Melayu: persoalan ciriMaizatul Akmar Mohd. AminDewan Bahasa1 September 2001
Ayat majmuk gabungan-Dewan Bahasa1 July 2001
Ayat majmuk gabunganAhmad Khair Mohd. NorPelita Bahasa1 March 2004
Ayat Majmuk KomplemenAhmad Khair Mohd NorPelita Bahasa1 January 2003
Masyarakat majmuk dan masyarakat berbilangAwang Had SallehPelita Bahasa1 April 1991
Kata majmuk: apakah maksud "mantap" dan "utuh"?Necklos OsinjiuusPelita Bahasa1 November 1993
Ayat majmuk dalam bahasa MelayuNik Safiah KarimDewan Bahasa1 January 1979
Kata majmukAhmad Khair Mohd. NorPelita Bahasa1 March 2005
Kata majmuk dalam bahasa Malaysia hari iniAishah MahdiDewan Bahasa1 June 1978
1234

Kembali ke atas