Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.tap] | منتڤ

Definisi : 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan; memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ isti-lah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka; kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya ba-hasa itu; pemantap sesuatu yg digunakan utk mene­tapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.tap] | منتڤ

Definisi : tidak berubah; stabil; kuat; tetap: Para belia dipimpin supaya menjadi kumpulan yg ~, dinamik dan berdisiplin. memantapkan menjadikan mantap atau stabil; menstabilkan: Mereka berusaha ~ sistem ejaan. kemantapan keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. pemantapan perihal (perbuatan) memantapkan; penstabilan. pemantap sesuatu yg memantapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mantap Kesusasteraan, Maju BahasaKamislin @ Abd. Halim b. RustimDewan Sastera1 April 2000
Mantap dan KekecualianAzhar SallehPelita Bahasa1 May 2004
Gabungan mantap seni dan elektronikTiadaDewan Kosmik1 January 1998
"Bentuk mantap" yang bersifat relatif dan tidak wajar digunakansebagai peraturanHasimah HarunPelita Bahasa1 October 1993
Pementasan Anugerah MantapRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 April 2002
Majalh yang mantap dan berinformasi [Surat Pembaca]Mimi AsyantiDewan Kosmik1 April 2007
DBP semakin mantap selepas lima dekadTiadaDewan Ekonomi1 August 2006
Ejaan Jawi Mantap di Laman Web JawiMatlobPelita Bahasa1 December 2001
ASEAN makin mantapLinda HanimDewan Ekonomi1 August 1997
Mencari tapak mantap untuk berdiri teguhMahmud AhmadDewan Masyarakat15 March 1974
123

Kembali ke atas