[masy.hur] | مشهور
Definisi : = termasyhur Ar 1. tersebar ke se-rata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg de-mikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisah-kan kehidupan seseorang yg ~; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur; memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke serata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (terkenal, ternama): Persatuan Belia akan me-mentaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air; kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas; pemasyhuran perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Per-sekutuan Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[masy.hur] | مشهور
Definisi : = termasyhur tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. memasyhurkan menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. kemasyhuran perihal (keadaan) masyhur: ~ Kuala Lumpur tersebar luas. pemasyhuran perbuatan atau hal memasyhurkan; perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dsb: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)