Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.gah] | مݢه

Definisi : 1. kelihatan gagah (hebat dll), masy­hur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.gah] | مݢه

Definisi : 1 mulia dan masyhur: Bangunan Parlimen tersergam dgn ~nya di atas bukit itu. 2 = bermegah berasa besar hati; bangga: Ia ~ kerana mempunyai anak yg bertimbang rasa. bermegah-megah membesar-besarkan diri: Mereka ~ kerana merekalah yg pertama sampai di bulan. memegahkan menimbulkan rasa bangga atau rasa megah; membanggakan: Orang yg selalu ~ diri atau ~ harta kekayaannya akan kehilangan kawan. kemegahan sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
megah (adjektif)
Bersinonim dengan bangga, besar hati, ranggi, perasan, riak, ujub;,
Kata Terbitan : bermegah, bermegah-megah, memegahkan, kemegahan,

Peribahasa

Berketak dulu sebelum bertelur.

Bermaksud :

Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Megah bahasaAbdullah YusoffDewan Bahasa1 January 2007
Megah Kerana MenterjemahMuhammad Haji SallehDewan Sastera1 January 2001
Megah bahasaFaisal TehraniDewan Siswa1 November 2006
Megah Puisi di Negeri Hang TuahNorhasmalinda MustapaDewan Bahasa1 January 2006
Megah berdiri identiti sendiriSiti Zaleha M. HashimDewan Budaya1 October 1979
Padamu Megah WatanMarzuki AliMastika1 August 1991
Menanti Sebuah Subuh MegahRaja Rajeswari Seetha RamanDewan Sastera1 August 2007
Panggung Negara: suka, megah dan takutAzman AnuarMassa19 June 1999
Kembara Bahasa Menyemai Rasa Megah Bahasa, Sastera, Dan BudayaAzizah AhmadDewan Budaya1 November 2002

Kembali ke atas