[me.la.kon.kan] | ملاکونکن
Definisi : 1. mementaskan atau memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara, dll); 2. menulis (semula) suatu cerita menjadi sandiwara (drama dll); 3. mementaskan sebuah cerita sbg sandiwara: murid-murid disuruhnya ~ cerita Anak Raja dengan Anak Papa; 4. mengisahkan (menggambarkan) sesuatu perkara: drama itu ~ seorang pegawai tinggi; 5. memainkan sesuatu peranan (watak): seniman Nordin Ahmad ~ watak Hang Jebat dgn baik dlm filem “Hang Jebat”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.la.kon.kan] | ملاکونکن
Definisi : 1 memainkan sesuatu cerita (drama, sandiwara); mementaskan. 2 mengarang sesuatu cerita utk dimainkan; menulis drama (sandiwara dll). 3 mengisahkan; menceritakan: Filem itu ~ seorang anak yg tidak mengenang jasa. 4 memainkan sesuatu peranan (watak) dlm sesebuah cerita: Beliau ~ watak ibu dgn baik dlm filem tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)