Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguam­nya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.lui]/[me.la.lu.i] | ملالوءي

Definisi : 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,

Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Melalui Jendela Kaca yang BasahAsrul Effendi KamaruzzamanPerisa: jurnal Puisi Melayu, jil.12, 20041 January 2004
Melalui takah-takah yang mencabarHassan AliasDewan Sastera1 April 2003
Melalui: Fikir, Mata, Telinga dan LidahkuMarhanDewan Sastra15 July 1972
Melalui rusuhan Los AngelesHassan AhmadDewan Masyarakat1 July 1992
Sindiran Melalui Humor Hiperbolik dalam Big Mama's Funeral dan Igauan: Satu PerbandinganSohaimi Abdul AzizDewan Sastera1 May 2002
"Kepimpinan Melalui Teladan" Implikasi Kehadiran Kertala Sari di MelakaSaidi SaidDewan Sastera1 September 2001
Berdakwah Melalui DramaNoordin HassanDewan Sastera1 May 2001
Mentafsir melalui bahasa badanRaja Masittah Raja AriffinDewan Bahasa1 December 2008
Berbicara melalui kelunakan bunyiNoriah TaslimDewan Sastera1 May 2008
Menasihati melalui sajak [Ulasan buku berjudul Cetusan Kalbu karya Peter Augustine Goh]Saira SalimDewan Sastera1 May 2008
12345678910...

Kembali ke atas