Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.kah] | ملڠکه

Definisi : 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Puisi
 

Pisau tunjung ke laut,
     Mari dinaik melihatlah bulan;
Apa khabar melangkah laut,
     Kamilah di rumah melihat bulan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hendak melangkah kaki pendek,
     hendak mencapai tangan tak sampai.

Bermaksud :

Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat. (Bandingkan dengan: Hati gatal mata digaruk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Sekali melangkah terus melangkahAsiah IdrisPelita Bahasa1 September 1994
MelangkahHaji M.Z. AliasURTV15 February 2088
Melangkah ke tahun baharu dengan keyakinanRozninah Abd. AzibDewan Sastera1 January 2008
Melangkah ke Tingkat 10Nazira Mohd. NoorDewan Sastera1 November 2007
Melangkah ke hadapan bersama tradisiNasirazaliDewan Budaya1 August 2007
Melangkah penuh yakinZaiton Abu SamahDewan Masyarakat1 September 2005
Melangkah CabaranSuhaila P. MasTunas Cipta1 April 2003
Melangkah ke arah profesionalisme [diwawancara oleh Jamaluddin AbuHassan]Zur Eda MokhtarDewan Budaya1 March 1990
Melangkah ke ambang kritikan sastera remajaHashim AwangDewan Siswa1 August 1989
MelangkahOsman PeukhmotBahana1 January 1977
1234

Kembali ke atas