Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1. menempatkan (pd), me­ngenakan (pd), membubuh (ubat dll): dgn segera perempuan itu ~ bungkusan yg dijunjungnya di atas sebuah batu hampar; kanak-kanak itu diletakkan di bawah kawal­an pegawai akhlak; 2. memasukkan (dlm): pantai Bagan Datok dan Lumut mungkin diletakkan dlm kawasan keselamatan sbg langkah berjaga-jaga; 3. ki melepaskan (perkhidmatan dll), meninggalkan; ~ jawatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata menamatkan peperangan; 4. memberi, menganugerahkan, menghadiah­kan: maka Sultan Mansor Shah menyuruh memanggil Hang Tuah diberi baginda persalin serta diletakkanlah oleh baginda nama Laksamana; 5. sl menentukan, menetap­kan: syahadan bagindalah yg pertama ~ kekuningan larangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.le.ta/.kan] | ملتقکن

Definisi : 1 menempatkan sesuatu; membubuh: Emaknya ~ hidangan itu di atas meja. 2 melepaskan perkhidmatan; meninggalkan: Ia ~ jawatannya dlm bulan Januari 1972. ~ senjata berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Peribahasa

Menengadah membilang layas,
     menungkup membilang lantai.

Bermaksud :

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu. layas = bilah tempat meletakkan atap.

 

Lihat selanjutnya...(3)

469

If you play with fire, you get burned

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Meletakkan api di bumbungan

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them if you play with fire, you get burned , if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan api di bumbungan jika tidak mahu tindak

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Meletakkan teori konseptual kata kunciMana SikanaDewan Sastera1 November 2008
KLIFF meletakkan Kuala Lumpur di peta filem dunia?A. Wahab HamzahDewan Budaya1 January 2008
Bagaimana meletakkan bahasa kita di tempat yang sewajarnya?A. Rahim AbdullahWidya1 January 1984
LIMA '95 meletakkan Langkawi di peta duniaMimi Suraya IkhwanDewan Ekonomi1 January 1996
Janji Mahua pada Lelaki yang Meletakkan Ilmunya di Birai LangitDjazlam ZainalDewan Sastera1 September 2000
Wawancara - Bahasa Dan Pustaka Telah Meletakkan BAhasa Melayu...Abdul Samad AhmadDewan Bahasa6 January 1986

Kembali ke atas