Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lin.tang] | ملينتڠ

Definisi : 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Burung pucung terbang melintang,
     Hinggap mari Gunung Daik;
Putih kuning sanggul melintang,
     Itulah tanda hati tak baik.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Tiba di rusuk menjeriau.

Bermaksud :

Sudah pada tempatnya, sudah kena benar. jeriau = kayu yang dipasang melintang pada kasau.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Bujur Lalu Melintang Patah menyorot watak jauhari dan nilai kemanusiaanAwang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 August 2005
Bujur Lalu Melintang Patah citra masyarakat dan watak jauhariAwang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 April 2005
Drama "Bujur Lalu Melintang Patah"Awang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 February 2004
Plot Drama "Bujur Lalu Melintang Patah"Faziah SulaimanDewan Sastera1 December 2001
Jauhari Watak Protagonis "Bujur Lalu Melintang Patah"Faziah SulaimanDewan Sastera1 May 2002
Improvisasi Aksi Kaku dalam Bujur Lalu Melintang PatahFaziah SulaimanDewan Sastera1 February 2002
Penggunaan Kerusi Panas dalam Bujur Lalu Melintang PatahFaziah SulaimanPelita Bahasa1 January 2002
Konflik dan Unsur Pengajaran Bujur Lalu Melintang PatahAwang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 June 2005
Unsur Latar Dan Mesej Dalam Bujur Lalu Melintang PatahFaziah Binti SulaimanDewan Sastera1 September 2002
Unsur Nilai dan Citra Masyarakat "Bujur Lalu Melintang Patah"Awang AbdullahDewan Sastera1 April 2002
12

Kembali ke atas