Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1. menggesa (kuda) dgn menusuk­kan pacu supaya berlari deras: maka Arung Lenga pun ~ kudanya; 2. ki melarikan deras-deras (kereta dll): dipacunya motosikalnya dgn laju; 3. = memacukan memperlumba­kan; 4. menggerakkan sesuatu kegiatan (eko­nomi, pembangunan dsb) dgn lebih cepat atau pesat, memesatkan: beberapa strategi utk ~ pertumbuhan ekonomi negara; mereka berjaya menggunakan pengetahuan dan pengalaman utk ~ perniagaan masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.cu] | مماچو

Definisi : 1 menggesa kuda dgn pacu supaya kencang larinya: Ketika itu juga, Nikman ~ kudanya, pergi memeriksa pasukan askarnya. 2 mengencangkan perjalanan kereta, motosikal dll: Dia ~ keretanya di medan perlumbaan. 3 menggerakkan sesuatu kegiatan ekonomi, pembangunan dsb dgn lebih cepat atau pesat; memesatkan: Beberapa strategi telah dilaksanakan utk ~ pertumbuhan ekonomi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pacu (kata nama)
Bersinonim dengan taji, susuh, sungga;,
Kata Terbitan : berpacu, memacu, pemacuan,

Puisi
 

Cik Ali memacu kuda,
     Jangan diregang tali ragam;
Asal matahari matahari juga,
     Bulan terbit terangkan alam.


Lihat selanjutnya...(4)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memacu PercintaanPoul NanggangJendela Sarawak1 April 2007
Memacu Personaliti BitaraNor Azilah dan Nik RahilaDewan Masyarakat1 August 2008
Memacu 50 tahun pembangunan negaraSham AzmanDewan Ekonomi1 September 2007
E-Niaga memacu kemajuan industri mayaChin Yee MunDewan Ekonomi1 April 2008
Belanjawan 2008: strategi memacu daya saing negara demi kesejahteraan rakyatMustafa DakianDewan Ekonomi1 October 2007
Tahun melawat Malaysia 2007 memacu ekonomi negaraMohamad Sofee RazakDewan Ekonomi1 February 2007
Novel Interlok: integrasi kaum dalam memacu kemerdekaan dan pengisianwawasanIbrahim BakarDewan Sastera1 May 1998

Kembali ke atas