Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Membelah OmbakA. Rahman C. M.Dewan Sastera1 March 2009
Membelah ombak ke Pulau BesarAzman SidekDewan Siswa1 December 1996
Adat Membelah MulutM. Nurhalim IsmailMastika1 February 1982
Gema membelah gema 11Rosli Nik MatDewan Sastera1 May 1995
Kembalinya Nadim Membelah SamuderaAliff MustakimTunas Cipta1 February 2009
Jambatan Millau membelah awanMohd Shukri Mohd AriffDewan Masyarakat1 February 2005
Kuning Merah MembelahS. PanitDewan Masyarakat15 March 1974
Waktu Angin Merahmu Membelah Tanah Ini, TransisiKemalaDewan Bahasa1 June 1973
Buku baharu: Garis Hitam Membelah Langit, Ruhi Hayat, Toko Buku AbasBandung, 250 halamanYahaya IsmailDewan Bahasa1 September 1966
Hendak ke mana AGI?: sajak-sajak spontan dalam Gema Membelah Gema iiJaafa HsDewan Sastra15 November 1972

Kembali ke atas