Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Hendaklah baik memilih pandan,
     Di dalam pandan ada duri;
Hendaklah baik membela badan,
     Di dalam badan ada diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Memilih tebu dapat teberau.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memilih Puisi Memilih SepiShafie Abu BakarMalay Literature1 January 1996
Memilih Jodoh dalam Petua PerkahwinanSiti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 September 2006
Memilih skrip yang berkualitiA. Wahab HamzahTunas Cipta1 June 2006
Memilih Kesusasteraan: Satu Takdir Kabur?Wong Soak KoonDewan Sastera1 April 2001
Memilih kata sapaan yang betulVijayaletchumy SubramaniamDewan Bahasa1 September 2008
Memilih kursus untuk melanjutkan pelajaranSiti Khariah Mohd ZubirPelita Bahasa1 March 2008
Memilih PenceritaOthman PutehPelita Bahasa1 April 2003
Memilih mekanik yang baikMohd Hamdan AdnanDewan Masyarakat1 February 1995
Memilih MimpiAriff MohamadDewan Sastera1 January 2006
Memilih WarnaSahrunizam Abdul TalibIbu1 October 2003
12345678

Kembali ke atas