Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.muas.kan] | ممواسکن

Definisi : 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hing­ga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; ~ dahaga (haus) minum hingga hilang daha­ga; ~ dendam membalas dendam; ~ hawa nafsu mengikut hawa nafsu supaya puas hati­nya; ~ selera dapat memenuhi kemahuan seleranya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.muas.kan] | ممواسکن

Definisi : menjadikan puas; memberi dll hingga puas; menyenangkan; melegakan: Keputusan hakim itu ~ kedua-dua belah pihak. Hasil padi tahun ini ~ juga. ~ dahaga minum sehingga hilang rasa dahaga. ~ dendam membalas dendam. ~ hawa nafsu menurut kemahuan nafsu supaya puas hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Memuaskan keperluan pelangganAbdul Aziz Abdul RahmanDewan Masyarakat1 April 1988
Cabaran sains memuaskan hatiAripin ShamaanDewan Siswa1 June 1997
Cerpen yang memuaskanSahlan Mohd. SamanDewan Siswa1 October 1985
Keputusan matematik kurang memuaskanRahmad SukorDewan Siswa1 July 1998
Bahasa baku belum memuaskanAmran Abu BakarDewan Siswa1 April 1988
Antara puisi-puisi yang menyenangkan dan puisi-puisi yang memuaskanSoeharianto, SHorison1 September 1977

Kembali ke atas