Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1. hendak memegang atau mengambil (dgn menghulurkan tangan dll); 2. bertemu dgn, sampai ke: Jerman berusaha menghalang bahan-bahan perbekalan dan alat-alat perang ~ Army ke-5; ia bernasib baik dapat meneruskan pelajarannya sehingga ~ tingkatan lima; 3. mendekati, me­mikat (hati dll): dgn bahasa Belanda, kami tidak lekas ~ jiwa manusia yg bersahaja itu, tetapi dgn bahasa Melayu lancar sekali; 4. menjayakan (harapan, rancangan, tujuan, dll), menghasilkan, menjadikan kenyataan (se­suatu matlamat dll): ia terpaksa memberanikan hatinya utk ~ cita-cita itu; 5. mendapat (memperoleh, menghasilkan) sesuatu me­nerusi usaha: bagi ~ pengeluaran yg sebanyak itu, kita harus melipatgandakan bilangan buruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.pai] | منچاڤاي

Definisi : 1 (hendak) memegang atau mengambil sesuatu dgn menghulur­kan tangan: Ali mencuba ~ buah yg di hujung dahan itu. 2 sampai (ke): Umurnya sudah hampir ~ 100 tahun. 3 mendapat (sesuatu maksud dll); menyampaikan atau menjayakan (maksud dll): Dia bekerja sungguh-sungguh utk ~ cita-cita­nya. 4 mendapat sesuatu dgn usaha: Utk ~ tujuan itu, kita mesti bekerja dgn lebih tekun lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencapai

Puisi
 

Anak Cina telinga bertindik,
     Badan kurus panjang lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
     Hendak mencapai tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kita baru mencapai pengayuh,
     orang sudah tiba ke seberang.

Bermaksud :

Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.

 

Lihat selanjutnya...(21)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mencapai Agenda IntegritiIsmail AwangDewan Masyarakat1 February 2009
Mencapai kecemerlangan syarikat: 10 ciri menjadi syarat utamaMat Hassan EsaDewan Ekonomi1 December 1997
Mencapai kecemerlangan: pengurusan atasan teraju utamaMat Hassan EsaDewan Ekonomi1 January 1998
Mencapai Sebuah ResolusiNimoiz T.YTunas Cipta1 May 2004
Mencapai tahap apresiasi atau katarsisHassan AliasDewan Sastera1 February 2003
Demi mencapai kemurniaan akidah [Ulasan buku "Surat-surat Perempuan Johor" oleh Faisal Tehrani]H. AdriDewan Sastera1 September 2005
Rinduku Mencapai KebahagiaanA. Ghani AbdullahDewan Sastera1 June 2004
Persediaan mencapai wawasan 2020Zulkifli SallehDewan Ekonomi1 September 1994
Bahasa Malaysia mencapai taraf keintelektualanZalina ArshadPelita Bahasa1 December 1990
Malaysia-Amerika: mencapai kata sepakatIkie AfnifaDewan Masyarakat1 June 1994
12

Kembali ke atas