[me.ne.mu.kan] | منموکن
Definisi : 1. = mendapati, menjumpai: di seluruh halamanku, tidak kutemukan sekuntum mawar pun; 2. mendapati atau menjumpai (sesuatu yg tersembunyi, belum diketahui lagi); 3. mencari sesuatu yg sesuai (cocok, padan): apa yg kita perlukan ialah ~ kata yg tepat yg sanggup menjelmakan emosi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.ne.mu.kan] | منموکن
Definisi : 1 mendapat atau mencipta sesuatu yg baru: Pakar-pakar perubatan telah ~ cara mengubati penyakit itu. 2 memperoleh sesuatu yg dicari dll (dgn usaha, penyelidikan dsb): Polis telah ~ kereta yg digunakan oleh perompak itu di sebuah ladang getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)