Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu dlm saku dll: ~ wang; 2. hamil: sudah berapa bulan Aini ~? 3. = mengandungi berisi, memuat: bunga yg ~ racun; tanah yg ~ bijih timah; kata yg ~ erti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.dung] | مڠاندوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu dlm kandung (saku dll). 2 berisi; bermuat: Awan hitam ~ hujan. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga. 3 hamil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kandung (kata nama)
1. Bersinonim dengan kantung: pundi-pundi, kampit, karung, kajang, buntil, guni, raga, bakul, saku, kocek,

2. Bersinonim dengan peranakan: rahim

Kata Terbitan : mengandung, mengandungi, terkandung, kandungan,

Puisi
 

Pohon salak batangnya condong,
     Mari disisik dalam kendong;
Bukanlah salah ibu mengandung,
     Salah sendiri badan menanggung.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bagai panas mengandung hujan.

Bermaksud :

Tertawa dalam kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengandung dan mengandungiRahman ShaariDewan Bahasa1 September 1988
"Mengandung" dan "mengandungi" - satu tinjauan semantik daripada kacamata Melayu - IslamHashim MusaDewan Bahasa1 February 1988
Wanita yang Mengandung Sembilan PurnamaB.S., Abdul WachidHorison1 July 2006
Diet ibu mengandung dan menyusukan anakNorlaila Mat TahirDewan Kosmik1 July 1998
Malam Sarat Mengandung KisahBaha ZainDewan Sastra15 July 1972
Salahkah ibu tua mengandung?Adrian HardiDewan Budaya1 June 1997
Bukan Salah Ibu MengandungAziey'sIbu1 October 2002
Puteri Mayang Seindah MengandungUjid DarmawanSarina1 February 1985
"Bukan Salah Ibu Mengandung" - sebuah novel yang pernah difilemkanRamli IsinDewan Sastra15 January 1974
Pantang larang wanita Melayu mengandungSiti Khariah Mohd ZubirDewan Budaya1 February 2009
12

Kembali ke atas