Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengangkat Wadah Laksamana Hang TuahAffrini AdhamDewan Sastera1 January 2002
Mengangkat karya kanak-kanak dan remajaTiadaAnis1 March 2008
Mengangkat martabat bahasa Melayu di bumi sendiriWardatul AinahPelita Bahasa1 March 2003
Mengangkat citra bahasa kebangsaanZaidi IsmailDewan Bahasa1 February 2005
Mengangkat yang Lama daripada Rentak yang BaruSiti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 February 2003
Mengangkat permainan rakyat dari jurang yang dalamHashim Awang Ab. RahmanDewan Budaya1 March 1981
Mengangkat peti sejuk seorang diriN. Z. AbidinDewan Siswa1 June 1988
Mengangkat dan sinonimnyaLatifah OthmanPelita Bahasa1 June 1995
Mengangkat Wadah Laksamana Hang TuahAffrini AdhamVariasari1 December 1987
KOMSAS Mengangkat Martabat Sastera dalam Dunia PendidikanA. Hamid JemainDewan Sastera1 September 2003
123

Kembali ke atas