Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ku.ti] | مڠيکوتي

Definisi : 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ku.ti] | مڠيکوتي

Definisi : 1 mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; memata-matai: Dua orang mata-mata gelap sentiasa ~nya ke mana-mana. 2 turut serta (belajar, melihat dll); turut hadir dlm mesyuarat, kursus dsb: Dia tidak dpt ~ ceramah itu kerana sakit. 3 memperhatikan (membaca, melihat dll) dgn penuh minat: Saya sentiasa ~ perkembangan politik dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mengikuti jejak-jejak Iskandar ZulkarnainTiadaDewan Siswa1 January 1989
Mengikuti novel Panglima Salleh Selempang MerahAnwar RidhwanDewan Sastera1 October 1989
Panduan mengikuti siaran radio pendidikanIbrahim ShairDewan Siswa1 January 1989
200 guru mengikuti seminar kerjaya geosainsMohd Arif Abd KadirDewan Kosmik1 May 2008
200 pelajar mengikuti bengkel deklamasi puisiAnuar AsmadiDewan Siswa1 July 2007
Kesan selepas mengikuti pengembaraanMohd. Hafizi Abdul GhaniDewan Siswa1 September 1995
Batik: teguh mengikuti perubahan masaKhiruddin AbdullahDewan Siswa1 April 1996
Walaupun terlantar, Boestamam mengikuti perkembangan dengan telitiSubky LatifSarina1 February 1983

Kembali ke atas