Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
MengkuangHaslinda Mat NasirTunas Cipta1 September 2003
Anyaman mengkuang menguntungkanMas Warni AbdullahDewan Ekonomi1 August 2008
Tikar Mengkuang Hamparan KenanganMuhd. Norizam JamianPelita Bahasa1 August 2004
Apa dan Mengkuang BerdarahShahrulnizam AzuddinDewan Budaya1 February 2008
Beralas tikar mengkuang ,pelita hati Siti bernyala terusSiti Zaleha M.HashimDewan Sastera1 May 1997
Ada pelajaran di Pulau MengkuangMalim Ghozali PKDewan Budaya1 September 2008
Konflik dan Latar Drama Tikar Mengkuang Hamparan BuluAwang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 June 2004
Analisis Gaya Bahasa Dan Unsur Pengajaran Drama "Tikar Mengkuang Hamparan Buluh"Awang AbdullahDewan Sastera1 September 2002
Aspek Perumitan dan Unsur Nilai Dalam Drama "Tikar Mengkuang, Hamparan Biru"Awang AbdullahDewan Sastera1 July 2002
Binaan plot dan tindakan negatif watak dalam Tikar Mengkuang Hamparan BuluAwang AbdullahTunas Cipta (Mekar Sastera)1 September 2004
12

Kembali ke atas