Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1 men­datang­kan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Kalah jadi abu,
     menang jadi arang.

Bermaksud :

Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Olimpik menguntungkan?Muhamad Rafiq Abdul RahmanDewan Ekonomi1 October 2008
Pelaburan menguntungkan jika bijak dan sabarBarjoyai BardaiDewan Ekonomi1 October 1997
Kertih menguntungkan siapa?Wan Mohd. Syazwan Wan RamliDewan Budaya1 October 1988
Peperiksaan menguntungkanLim Jing YingDewan Siswa1 August 1994
Anyaman mengkuang menguntungkanMas Warni AbdullahDewan Ekonomi1 August 2008
Pemberhentian pekerja: menguntungkan atau merugikanMohd. Yunus Abdul HamidDewan Budaya1 June 1998
Industri pelancongan menguntungkanToo Yi PengDewan Siswa1 November 1993
Teknologi satelit menguntungkanThavamaniDewan Siswa1 July 1993
Pembelian perbandingan menguntungkan pembeliMohd. Hamdan Hj. AdnanDewan Siswa1 April 1991
Kayu terbuang perniagaan menguntungkanSuhaila Abdul RahmanDewan Ekonomi1 June 2008
123

Kembali ke atas