Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan di­sambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. meng­hubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (tele­fon yg mendapat panggilan dgn sam­bungan-sambungan lain); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bung] | مڽامبوڠ

Definisi : 1 memberikan tambahan supaya men­jadi lebih panjang dll; memperpanjang: Selepas menuai nanti, saya bercadang hendak ~ rumah dapur ini. 2 meng­hubungkan benda yg putus-putus atau benda yg patah: ~ rantai basikal dgn dawai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Sirih puan depan tangga,
     Menyambung datang orang marhaban;
Tanya puan dijawab duka,
     Bunga di jambangan telah kepunyaan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menimbau boleh,
     menggala-gala tak tahu.

Bermaksud :

Pandai membuat pekerjaan yang besar tetapi tiada tahu membuat pekerjaan yang kecil yang ada hubungannya dengan pekerjaan itu. timbau (menimbau) = menyambung atau menambah supaya panjang (tinggi, lebar dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menyambung Usia di Angkasa LepasMohammad Abdul FadzalDewan Pelajar1 May 1978
Menyambung Dot Dot DotFudzailAl-Islam1 May 2008
Permainan menyambung ejaanChan Suy SangPelita Bahasa1 January 1990
Soalan menyambung ayatAbdul Ghalib YunusPelita Bahasa2 January 2001
Siti Raihani menyambung bakat penulisan ibuKoh Siew MeiPerempuan1 July 1998
Di Sepotong Jalan Tanpa Hujung Dengan Kebosanan Sambung-menyambung!Kasajiza A. SDewan Sastra15 June 1975

Kembali ke atas