Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebut

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.

Bermaksud :

Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Menyebut Nama-Mu: Allah Yang EsaZaharudin IshakMastika1 August 1982
Pantang larang menyebut nama orang MelayuAinon MohdDewan Budaya1 October 1997
Hati Terkenang Mulut Menyebut (Siri Enam Belas)Nisah HaronANIQAH1 June 2007
Pengenalan Hati Terkenang Mulut MenyebutSaidi SaidDewan Sastera1 December 2002
Pengenalan Teks Hati Terkenang Mulut Menyebut: Satu Tinjauan Ringkas Prosa TradisionalSaidi SaidDewan Sastera1 November 2002

Kembali ke atas