[me.nyem.bah] | مڽمبه
Definisi : 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nyem.bah] | مڽمبه
Definisi : 1 memuliakan Allah dan mentaati-Nya: ~ Allah. 2 (bagi orang bukan Islam) menghormati sesuatu yg dianggap berkuasa; memuja: ~ api. 3 memberi hormat kpd raja dll dgn mengangkat sembah: Maka Hang Tuah pun ~ baginda lalu pulang ke rumahnya. 4 mengaku tertakluk pd; mengaku taat kpd: Baginda tidak mahu ~ ke benua Siam. ~ bumi jatuh tertiarap ke bumi (bkn orang); roboh dan rosak teruk atau musnah (bkn bangunan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)