Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turun­nya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ pen­jual­an­nya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (ke­pandaian, kesihatan, dll): kesihatannya se­makin ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : turun atau jatuh (bkn harga, prestasi, mutu dll); tidak maju: Perniagaannya makin lama makin ~ kerana termakan modal. kemerosotan keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Drama merosot?DramatisURTV15 August 1973
Malaysia merosot di Sukan SEATiadaDewan Siswa1 February 1996
Pengaruh Amerika merosot ?Afzul FarouqiDewan Masyarakat1 September 1988
Disiplin pelajar merosot: salah siapa?Mohd. Fared Mohd. MakmorDewan Siswa1 August 1986
Prestasi sukan merosotJamalul Khair Haji HassanDewan Siswa1 August 1985
Bahasa Inggeris merosotTiadaDewan Siswa1 April 1991
Teater Thai semakin merosotSurapone VirulrakDewan Budaya1 November 1988
Mutu sukan kita merosot?Mohamad BahadonDewan Siswa1 March 1983
Mutu bahasa dalam penyiaran merosotRitah YahyaDewan Bahasa1 September 2004
Sejauh manakah disiplin pelajar kini merosot?Othman PutehDewan Siswa1 June 1988
12

Kembali ke atas