Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera; baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan fa-edah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.nyét] | موڽيت

Definisi : /monyét/ sj binatang yg hampir sama dgn kera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
monyet (kata nama)
Bersinonim dengan kera, beruk, mawas, cimpanzi, babun, gorila, orang utan, siamang, ungka, lotong, kekah, kelabat, awan, kawa, wak-wak, ketek, kunyuk.,

Puisi
 

Jika hujan berderai-derai,
     Turun monyet naik lembiding;
Tiga hari lama bercerai,
     Sobok-sobokkan sebelah dinding.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anak monyet di hutan disusui,
     anak sendiri di rumah kekeringan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan, b. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, c. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, d. Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Monyet-monyet BerdasiRahmola, RizalHorison (Kakilangit)1 March 2000
Monyet-Haiwan PrimatTiadaDewan Pelajar1 August 1982
Monyet Belanda: Spesies PemaluRusilDewan Budaya1 September 2000
Monyet Yang Kembali Ke RimbanyaNoraSarina1 January 2005
Tetamu MonyetMohd Ismail SarbiniDewan Pelajar1 March 1979
Minah, Monyet dan MonsopiadSiti Jasmina IbrahimTunas Cipta1 February 2004
Kisah Monyet dan Kura-kura : mengajar cara menghormati orang lainMohd Riduwan bin WahabDewan Agama & Falsafah1 January 2003
Cinta MonyetAmrie B. SMastika1 April 1976
Cinta MonyetSharkawi Che DinDewan Siswa1 November 1989
Hutan, Monyet dan PisangOthman PutehDewan Sastera1 June 1991
12

Kembali ke atas